Thailand telah menjadi pengeluar dan pengeksport getah asli terbesar di dunia sejak tahun 1991. Pada tahun 2000, pengeluaran getah mencapai 1 juta tan, dan dijangka mencecah 2.4 juta tan pada tahun 2004. Pada masa ini, lebih daripada 6 juta penduduk negara itu terlibat dalam pengeluaran, pemprosesan dan perdagangan getah, iaitu hampir 1/10 daripada jumlah penduduk negara. Kawasan penanaman getah melebihi 2 juta hektar.